Ree Farm

"Ree Farm membekalkan bebiri untuk keperluan aqiqah dan qorban. Harga yang ditawarkan RM18/kg dan pemilihan bebiri boleh dibuat sendiri oleh pelanggan. Penghantaran percuma untuk area palong dan serting. Stok sentiasa mencukupi. Insyallah.."

Monday 7 April 2008

kenali kambing boer

hari sy paparkan sedikit ilmu yg sy pelajari hasil pembacaan melalui bj...individu ini membawa saya mengenali lebih dekat mengenai kambing boer..jadi sy copy hasil tulisan beliau untuk paparan anda semua...thanx forumer bj...

Boer F1
Boer FB jantan yang di kacukkan dengan kambing feral betina yang berwarna putih. Menghasilkan boer F1. Berwarna putih keseluruhan dan bentuk badan masih bercirikan feral.

Boer F2
Boer FB dikacukkan denga boer F1 menghasilkan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat tetapi agak kabur warnanya. Bentuk badannya juga masih kurang ciri-ciri boer yang berkualiti.

Boer F3
Boer F3 adalah kacukan antara boer FB dengan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat kemerah-merahan. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB. Kualitinya sangat baik dan banyak dibawa masuk ke Malaysia.

Boer F4
Begitu juga boer F4. Ia juga merupakan kacukan antara boer FB dengan F3. Kepalanya berwarna coklat lebih gelap berbanding boer F3. Keseluruhan kepalanya coklat kemerah-merahan dan kehitam-hitaman. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB juga.

Boer Purebred (F5 - F7)
Kacukan ini memperlihatkan pengaruh gen boer yang kuat. Secara keseluruhannya, kelihatan boer purebreed hampir sama dengan boer FB. Cuma terdapat tompok-tompok putih atau tompok-tompok coklat di badannya. Warna coklat kemerah-merahan bukan hanya terdapat di kepala tetapi turut terdapat di badan. Boer generasi ini juga sangat berkualiti untuk dijadikan baka (pejantan).

Bukan hanya sijil kelahiran boer yang menjadi pengesahan dan bukti ketulenan boer. Tetapi ilmu juga penting supaya kita tidak tertipu. Jadi berhati-hati dalam memilih boer yang berkualiti.

No comments:

JOM CLICK..