Ree Farm

"Ree Farm membekalkan bebiri untuk keperluan aqiqah dan qorban. Harga yang ditawarkan RM18/kg dan pemilihan bebiri boleh dibuat sendiri oleh pelanggan. Penghantaran percuma untuk area palong dan serting. Stok sentiasa mencukupi. Insyallah.."

Wednesday 9 April 2008

interesting fact ( sheep breeder)

1994 fact....

Kementerian Pertanian melalui Jabatan Perkhidmatan Haiwan sedang giat memberi galakan penternakan ruminan kecil , terutama biri-biri secara integrasi dengan perikebunan tanaman kekal seperti getah dan kelapa sawit di seluruh negara . Di antara yang diberi keutamaan adalah kawasan-kawasan di bawah pengawalan FELDA, RISDA, FELCRA dan juga rancangan-rancangan tanah Kerajaan . Usaha-usaha juga sedang ditumpu ke kawasan estet kepunyaan sektor swasta , yang mana ada di antaranya yang sudahpun memulakan penternakan secara besar-besaran . Untuk memperkukuh dan memperluaskan lagi segala kegiatan yang terlibat , sat u Lembag a Khas telah ditubuhkan khusus untu k menyelaras penyampaian khidmat nasiha dan perkhidmatan kesihatan ternakan , acara pembiakan dan pembekalan baka , kerja-kerja penyelidikan , latihan para penternak , dan seterusnya perumusan strategi serta pendekatan terhadap pengeluaran , kegiatan perhiliran dan pemasaran . Ahli-ahlinya adalah terdiri dari semua agensi Kerajaan dan wakil-wakil dari sektor swasta yang terlibat dan pengerusinya ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Haiwan.

Sasaran pengeluaran adalah untuk mememihi keperluan daging biri-biri dalam negeri . Oleh kerana negara sememangnya berpotensi untuk mengeluarkan lebih dari yang diperlukan bag i penggunaan tempatan , maka pasaran eksport perlulah juga diterokai . Mengikut kajian awalan , negara-negara Arab Timur Tengah sedang mengimport berjuta-juta ekor biri-biri setahun , terutamanya di musim korban , Mereka itu juga nampaknya lebih berminat untuk mengimport dari negara-negara Islam , termasuklah Malaysia . Kajian potensi eksport ke negara Arab akan diadakan dan beberapa pelabur dari kawasan tersebut juga telah datang untuk membuat tinjauan . Sesuai dengan keperluan-keperluan dalam dan luar negeri tersebut , adalah dijangkakan usaha ini akan dapat dilaksanakan sebaik sahaja negara mampu menghasilkan secukupnya . Di samping promosi memakan daging biri-biri keluaran tempatan , Jabatan Perkhidmatan Haiwan juga sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan daging mengikut potongan terpilih (special cuts ) di pasaran dalam negeri , terutamanya di bandar-bandar besar .

2 comments:

MalayExpat Cyclist+Runner said...

Laham atau kambing yang terdapat dipasaran Qatar kebanyakan di import dari Syria dan Pakistan. Dari pengalaman menetap di Qatar melebihi 2 tahun, kebanyakan daging kambing yang dipasarkan di sini tidak hamis atau berbau seperti kambing2/biri2 di Malaysia. Ada yang mengatakan ini berpunca dari cuaca di negara binatang tersebut dipelihara (dua musim - panas dan seju) dan juga faktor makanan. Yusry Bakal Penternak Kambing Malaysia. Doha, Qatar

Anonymous said...

Salam Peternak!

Interesting project! Kami peternak biri-biri dari Indonesia, please visit our Blog:

http://www.dombagarut.blogspot.com

Terimakasih.

Agus Ramada S

JOM CLICK..