Penyahut cabaran mempertingkatkan peratusan keperluan bekalan daging kambing di Malaysia.
Ree Farm
"Ree Farm membekalkan bebiri untuk keperluan aqiqah dan qorban. Harga yang ditawarkan RM18/kg dan pemilihan bebiri boleh dibuat sendiri oleh pelanggan. Penghantaran percuma untuk area palong dan serting. Stok sentiasa mencukupi. Insyallah.."
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
Sumber: Association of Malaysian Students at University of Southern California
No comments:
Post a Comment