Ree Farm
Sunday, 24 August 2008
Friday, 8 August 2008
Tuesday, 29 July 2008
Thursday, 24 July 2008
Kenapa boer n jamna pure begitu mahal??
rata2 harga lebih kurang dgn harga baka lembu yg baik2....baik beli lembu (kwn sy ckplah)...
pakar2 kambing sekalian...boleh beri penjelasan yg terperinci...
p/s: nak update blog jer nih..tak tau nak tulis ape..(kmbing mati lagi sekor semalam,rase nak telan jer stress pack kat kandg tu) huh!
Tuesday, 22 July 2008
Wednesday, 16 July 2008
kekurangan modal dan kos operasi yg semakin meningkat...
pengumuman kenaikan bahan api mmg sedikit membebankan aktiviti farm kami..aktiviti pengurangan kos sdg giat djalankan...
rata2 kenaikan harga ternakan juga meningkat....tak taulah bagaimana dgn sahabat yg lain..
Monday, 7 July 2008
Bulan Jun yg membingungkan...
nanti sy uraikan satu persatu...tak dapat nak letak gambar...
tunggu dan beri komen...
Saturday, 31 May 2008
Thursday, 8 May 2008
Promosi bulan may...
berat: 20-25 kg
umur: 5-7 bulan
sebarang pertanyaan dan information jangan malu dan jangan segan hubungi saya..
azree (bubo)-0136728772/0173480084
sekian...-sudah habis dijual-
Sunday, 4 May 2008
high peak event
Wednesday, 30 April 2008
Damara
Damara sheep can survive in a harsh environment and under poor nutritional conditions. The breed is exceptionally vigorous and can produce and reproduce where water and grazing is fairly restricted. This makes it very suitable for the communal areas of Namibia where extreme conditions are usually the norm rather than the exception. Research has however shown that the breed responds very well to optimum conditions.
It has a fairly high resistance to most sheep diseases and also good tolerance against internal parasites. The Damara sheep has a diverse diet. It feeds on grass, bush and shrubs and can almost be classified as a browser. Research has indicated that up to 64% of the diet of the Damara sheep can consist of browsing material. This places the Damara in the same feeding category as goats.
The mothering ability of the breed is exceptional. The ewes produce enough milk even to raise twin lambs which will occur in 5 to 10% of the births. They care well for their young and will even fight off predators when attacked by such. Orphan lambs are a rarity in the breed because of the outstanding mothering ability. It is known for example that ewes with small lambs can be transported over long distances without ending up with a single orphaned lamb.
source:
Sunday, 27 April 2008
plan 2008
'towards professional breeder'
Friday, 25 April 2008
LOAN BEBIRI FELDA....
Thursday, 24 April 2008
bebiri baru sudah masuk...
dgn hadirnya bebiri baru ni, semangat untuk menjadi usahawan penternak semakin membara...rasa nak duk kandang 24 jam..haha..nak tenung jer bebiri ni hari2.. insyallah nanti sy upload gambar bebiri ni...pastu kita teka reramai baka apakah ia?
sekian...
Friday, 18 April 2008
loan felda
Wednesday, 16 April 2008
beli baka baru...
Monday, 14 April 2008
pecarian baka terbaik...
Wednesday, 9 April 2008
interesting fact ( sheep breeder)
Kementerian Pertanian melalui Jabatan Perkhidmatan Haiwan sedang giat memberi galakan penternakan ruminan kecil , terutama biri-biri secara integrasi dengan perikebunan tanaman kekal seperti getah dan kelapa sawit di seluruh negara . Di antara yang diberi keutamaan adalah kawasan-kawasan di bawah pengawalan FELDA, RISDA, FELCRA dan juga rancangan-rancangan tanah Kerajaan . Usaha-usaha juga sedang ditumpu ke kawasan estet kepunyaan sektor swasta , yang mana ada di antaranya yang sudahpun memulakan penternakan secara besar-besaran . Untuk memperkukuh dan memperluaskan lagi segala kegiatan yang terlibat , sat u Lembag a Khas telah ditubuhkan khusus untu k menyelaras penyampaian khidmat nasiha dan perkhidmatan kesihatan ternakan , acara pembiakan dan pembekalan baka , kerja-kerja penyelidikan , latihan para penternak , dan seterusnya perumusan strategi serta pendekatan terhadap pengeluaran , kegiatan perhiliran dan pemasaran . Ahli-ahlinya adalah terdiri dari semua agensi Kerajaan dan wakil-wakil dari sektor swasta yang terlibat dan pengerusinya ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Haiwan.
Sasaran pengeluaran adalah untuk mememihi keperluan daging biri-biri dalam negeri . Oleh kerana negara sememangnya berpotensi untuk mengeluarkan lebih dari yang diperlukan bag i penggunaan tempatan , maka pasaran eksport perlulah juga diterokai . Mengikut kajian awalan , negara-negara Arab Timur Tengah sedang mengimport berjuta-juta ekor biri-biri setahun , terutamanya di musim korban , Mereka itu juga nampaknya lebih berminat untuk mengimport dari negara-negara Islam , termasuklah Malaysia . Kajian potensi eksport ke negara Arab akan diadakan dan beberapa pelabur dari kawasan tersebut juga telah datang untuk membuat tinjauan . Sesuai dengan keperluan-keperluan dalam dan luar negeri tersebut , adalah dijangkakan usaha ini akan dapat dilaksanakan sebaik sahaja negara mampu menghasilkan secukupnya . Di samping promosi memakan daging biri-biri keluaran tempatan , Jabatan Perkhidmatan Haiwan juga sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan daging mengikut potongan terpilih (special cuts ) di pasaran dalam negeri , terutamanya di bandar-bandar besar .
Sheep Farming
Sheep Breeds
There are limited sheep breeds in this country. Most are local breeds. Exotic breeds are imported with the aim of cross-breeding with local breeds. On the whole, sheep breeds are divided into two :
1. Original Local Breed(Malin)
2.Exotic Breeds
a. Dorset Horn
Monday, 7 April 2008
kenali kambing boer
Boer F1
Boer FB jantan yang di kacukkan dengan kambing feral betina yang berwarna putih. Menghasilkan boer F1. Berwarna putih keseluruhan dan bentuk badan masih bercirikan feral.
Boer F2
Boer FB dikacukkan denga boer F1 menghasilkan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat tetapi agak kabur warnanya. Bentuk badannya juga masih kurang ciri-ciri boer yang berkualiti.
Boer F3
Boer F3 adalah kacukan antara boer FB dengan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat kemerah-merahan. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB. Kualitinya sangat baik dan banyak dibawa masuk ke Malaysia.
Boer F4
Begitu juga boer F4. Ia juga merupakan kacukan antara boer FB dengan F3. Kepalanya berwarna coklat lebih gelap berbanding boer F3. Keseluruhan kepalanya coklat kemerah-merahan dan kehitam-hitaman. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB juga.
Boer Purebred (F5 - F7)
Kacukan ini memperlihatkan pengaruh gen boer yang kuat. Secara keseluruhannya, kelihatan boer purebreed hampir sama dengan boer FB. Cuma terdapat tompok-tompok putih atau tompok-tompok coklat di badannya. Warna coklat kemerah-merahan bukan hanya terdapat di kepala tetapi turut terdapat di badan. Boer generasi ini juga sangat berkualiti untuk dijadikan baka (pejantan).
Bukan hanya sijil kelahiran boer yang menjadi pengesahan dan bukti ketulenan boer. Tetapi ilmu juga penting supaya kita tidak tertipu. Jadi berhati-hati dalam memilih boer yang berkualiti.
Sunday, 6 April 2008
anak baru...
jantina: jantan...
nama: belum diberi...
quite comel...bayi lagi
the first for april ni....
Saturday, 5 April 2008
kambing oh kambing..
sy juga terpanggil untuk menceburi ternakan kambing spt boer n jamna...maybe in incoming few month i will stat this event...or maybe lepas maha..who knows? kene gak nyambak kekambing nih sebab lebih hebat perniagaannya...tungulah modalnya cukup or ade tawaran menarik dari penternak hebat spt mybob (jutawantani-i read from bicarajutawan)..the time will come...wait for me abg long n kak long kambing kandang kami..
Friday, 4 April 2008
bulan mac....
salam....
sekarang sudah april....bulan mac sudah meningalkan kita...kehidupan sbg penternak semakin mencabar.3 minggu aku demam..maapkan gua raziman,bukan kehendakku..sering kali sy melihat blog rakan penternak yang lain semakin membara semangat ini...haha ayat budak sekolah....bulan mac mmg mendatangkan income kepada ree farm..terima kasih kepada pelanggan kami..special thanx to cikgu arip(serting baru), mr zaid (palong 15) dan mr husin(palong 15).6 ekor bebiri terjual bulan mac lalu...syukur
kami turut bersyukur kerana dianugerahkan 14 ekor anak bebiri baru(igt mawi jer terima anugerah)..alhamdulillah..semuanya sehat belaka...kami juga sedang menunggu bebiri loan felda masih tidak tiba...hampir 3 bulan gak la mengharap nih..katenyer dah approve..sobar jolah...lagi satu yg kritikalnya,tanam napier taiwan tak dan nak membesar dah kene sebat ngan bebiri nih..tunggu aku beli pagar nanti..taula korang....thanks to cik ismail palong 14 yg supply napier taiwan nih....free lagi...semoga dimurahkan rezeki...
kepada otai penternak yang lain..boleh tolong link kan saya dgn dgn blogger yng ternak bebiri..pueh dek mencarik tapi tak jumpo2...
sekian....
Thursday, 20 March 2008
penukaran name blog...
Tuesday, 18 March 2008
perbezaan daging kambing dan bebiri...
Azran Jaffar
Berita Harian, 26 Jul 2003
Silap andaian makan daging kambing
DAGING kambing dikatakan sebagai panas, mereka yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi mungkin tidak mahu mengambil daging kambing kerana percaya ia akan meningkatkan tekanan darah.
Apa yang berlaku ialah mereka mungkin mengambil daging kambing biri-biri kerana berbanding kambing, peratus lemak dalam biri-biri ialah sebanyak 16 peratus.
Mengenai panas, sememangnya daging kambing panas dan kerana itu penduduk di negeri China gemar mengambil daging kambing pada musim sejuk kerana ia dapat memanaskan badan, katanya.
Katanya, persepsi makan daging kambing boleh meningkatkan tekanan darah sudah lama di kalangan masyarakat kita dan apa yang berlaku, faktor psikologi yang mungkin meningkatkan tekanan darah seseorang.
Ini kerana, persepsi itu sudah disematkan dalam kepala dan dengan mengambil daging kambing, secara psikologi ia mungkin meningkatkan tekanan darah kerana seseorang itu mungkin berasa risau terhadap kesan yang mungkin dialami, katanya.
Digolongkan sebagai daging merah, daging kambing mempunyai rasa unik dan ia dikelaskan sebagai cabrito atau chevon bergantung kepada usia ternakan ini disembelih.
Cabrito ialah daging kambing yang berusia seminggu dan banyak digunakan untuk tujuan barbeku serta digemari kumpulan etnik tertentu, manakala chevon pula daging kambing dewasa.
Bagi 100 gram daging kambing yang dipanggang ia mengandungi 143 kalori, 27 gram protein, 3 gram lemak, 3.7 miligram zat besi, 85 miligram sodium dan 75 miligram kolestrol.
Secara perbandingan, bagi setiap 3 auns daging kambing yang dimasak ia mengandungi 2.58 gram lemak dan 0.79 asid lemak tepu berbanding biri-biri yang mengandungi 16 gram lemak dan 7.3 asid lemak tepu.
Kata Prof Ramli, ini jelas menunjukkan kadar lemak dan kolestrol pada daging kambing kurang daripada biri-biri dan lembu. Malah, sebuah universiti di New York juga menjalankan kajian yang mana daging kambing diberikan kepada penghidap penyakit kardiovaskular.
Seperti juga dagingnya, susu kambing mempunyai khasiat tertentu dan dijadikan antara susu alternatif, tambahan kepada susu ibu. Ia dikatakan lebih mudah diresapi, rendah lemak serta laktosa dan kaya kandungan protein.
Nikotinik asid yang terkandung di dalam susu kambing dikatakan membantu fungsi pencernaan, memperbaiki kesihatan kulit, meningkatkan pengaliran darah serta menghalang migrain juga menghilangkan bau nafas.
Meminum segelas susu kambing panas sebelum tidur mampu memberikan tidur yang nyenyak dan ia juga baik bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang menghadapi masalah kencing malam (bed-wetting).
Sebuah buku yang ditulis untuk Majlis Penyelidikan Asma dan Persatuan Eczema Kebangsaan mencadangkan penggunaan produk berasaskan kambing bagi merawat lelah, eczema serta masalah kulit.
Monday, 17 March 2008
Assalamulaikum...
alhamdulillah...
bulan mac ini genaplah enam bulan menjalanai hidup sebagai penternak...
seronok jugak ....asset bertambah di depan mata..permulaan 30 ekor..sekarang 85 ekor..
memandangkan blog ini masih baru dan byk yg perlu saya belajar dalam pembikinan blog ini..
memang banyak kekurangan berbanding otai penternak yg lain...takpe..saya akan cuba build up blog ini...saya masih belajar...
contact no: azree (fulltime): 0136728772
azly (part time):0176068235
raziman(business partner):0196324267